Followers--->thax follow

Tuesday, July 30, 2013

Malam Lailatul Qadar

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita digalakkan untuk menghidup malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu sahaja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang bermaksud : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.
Menurut imam Fakhrurrazi bahawa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar daripada pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.
Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang bermaksud : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -
3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh  mereka yang halus  menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.

Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

-dipetik dari blog pondok  pasir tumbuh, daripada albakriah-

Monday, July 29, 2013

ayam masak paprik lola

Bahan-Bahan
  • halia,bawang putih,bawang merah (ditumbuk/dikisar)
  • bawang besar
  • cili boh (cili giling)
  • cili hijau
  • daun limau purut
  • maggi cukup rasa/sedikit garam
  • ketiak jagung/terung/kacang panjang
  • cuka
  • ayam

Cara Penyediaan
  1. panaskan minyak, masukkan halia, bawang putih dan bawang merah yang dikisar sehingga naik bau
  2.  masukkan cili boh ,sedikit garam dan cuka
  3. masukkan ayam, sedikit air, daun limau purut dan bawang besar (dihiris)
  4. kemudian masukkan ketiak jagung/kacang panjang dan cili hijau
  5. ciap untuk di makan


Thursday, July 11, 2013

intern part 1

salam semua..cuti semester terpaksa dilupakan demi tugas sebagai pelajar..hoho,PRAKTIKAL. Alhamdulilah, boley adapt dengan suasana yang baru cuma keje tue xde sangat terutama mse mgu pertama..yang lawaknya ak g magri g magri cari bilik pensyarah/sv wat muka x malu..i dolli ape!!!bertanye kat staf di pusat pengajian sains kesihatan..friendly la jgok diowang.

 26/6/13-rabu
minggu ke-2, huwaaaaaa..sedih sangat :(
punyela excited nk pegi wat sampling..bangun awal nk pegi ambil instrument dekat makmal..last2 call my sv xdapat datang, call abah n kejutkan rakan serumah. My car was stolen..istighfar banyak2, xdela nk menagis keluar air mata darah :p

 Sebak sangat dadaku..serius xperasan,lagi2 si Amy yang tengah melawa depan cermin sambil bukak langsir x perasan kete ak xde kt depan rumah..Bila ak tengok cermin, terdetik nk tengok pemandangan kat luar.
Tup2 rase macam somethin yang xkena dan laen macam je keadaan kt luar. Apa lagi, EH, MANO KETE??
Amy dah blur..n ak lagi la..cepat bukak pintu umah. Hurmmm, kete ak meme dah xde. ketar kot lutut ak, amy pun terkejut dengan apa yang berlaku.

Ak redha YA ALLLAH, sesunguhnya Engakau MAHA MENGETAHUI apa yang berlaku. Cepat2 pergi balai polis kubang kerian pastu pergi ke ibu pejabat polis di kota bharu.

keesokanya, terus sambung buat sampling..tidak mahu emosi aku tue mengganggu kerja. YES!!! lucu la plop bila pembantu makmal tue datang kt tempat ak buat sampling, sv pun sama. Asal ak tngah buat sampling dia datang, dengan kete yang lalu lalang duk tengok2 pastu staf pun duk tnye.Selamba je ak jawab buat sampling..tp dia xpham.hahaha..last skali cakap nk kesan pencemaran udara. xleh nk concentrate tau.hehe

bukan ape, my sv bimbangkan keadaan ak. Yela, sorang2 duk tepi jalan sambil pegang dust mate n anamometer dengan cuaca yang agak panas. last2, sv ak cakap..abek sekali je data..ak menggaru kepala buat muka blur.puiii

susah la sikit nk bergerak dan xde rezeki nk buat sampling "air pollution" dekat dengan kilang pengkalan chepa. tajuk dah ok n boley buat FYP terus. Insyallah, semua keje boley jalan (blaja hidup susah,orng dulu pun xde kenderaan boley je berjaya)
Think positive-

bercerita sedikit tentang rumah sewa, ak duduk 6 orang n semua akak2. Seronok dapat memasak, hari2 cuba pelbagai masakan yang baru. Jalan ke HUSM sama2 dan kadang2, k.yana n k.fatin tumpangkan ktowng..

wow, luas bangat HUSM..dan yang menariknya semua bangunan bercamtum antara satu sama lain.So, xpayah susah2 nk lalu jalan depan..just naik satu bangunan dan anda akan jupe tempat yang nk di tuju. Cuma, pening la cket nk mencari.. :D
-WHEN THERE IS THE WILL, THERE IS THE WAY-

10/7/13-rabu
yeah, dah start puasa
korang mcam mner?ok, x puasa tahun nie..
malam tue berterawih di surau dekat dengan rumah sewa..keluar pintu pagar dah jumpa surau
kemeriahan agak kurang sedikit..yang penting sama2 beribadat kepadaNYA dan mohon kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

11/7/13-khamis
i like to jalan2..hehe
pusing satu kampus..xkenal maka x cinta :P
alhamdulilah masih ada lagi energy di pagi hari
alamak!!!tersalah masuk kawasan hostel lelaki,patut la laki tue tengok ak semacam je..takut pun ade tengok dia..cepat2 jalan laju. Agar tidak tersalah masuk asrama, ak terus bertanya kepada mak cik cleaner. thax mak cik.. i'm felling great :)
-jauh perjalanan luas pengalaman-

quote from cik laila: no pain, no gain

p/s: nk balik umah ari nie..bukak pose ngn family..will be continue part2.
       [intern: 17/6/13-5/9/13]







Tuesday, April 30, 2013

semangat itu jiwang!!!





assalamualaikum..hujung mgu 19/4(jumaat),,dikejutkn dengan panggilan dari abah. abah cakap my adek tidak sehat n masuk wad.pe lagi menagis xberlagu(dlm hati berdoa moga my adek cepat sembuh).katanya my adek kna gangguan kt asrama dan asyik meracau..serius bimbang sgt2..my abah pun satu,,lambat bgtau..tp dia consider xnak ganggu fikiran anak2 nye..ari sabtu plop,menurut my adek laki ketar lutut dia bla tgk adek pompuan ak kna bomoh(jalan alternative..hanya mampu berusaha dan bertawakal kepadaNYA).Dia xnk cter..takut ak lemah semangat..nt balik umah baru nk cter.ok,sabar je la..hoho.DIA maha mendengar doa kami sekeluarga dan doa2 org sekeliling,ALHAMDULILAH..my adek sudah sembuh dan berharap lebih baik dalam menghadapi dugaan yg diberi..sesungguhnya itu adalah ujian.Buktinya my adek komen kt my status..hehe,lega hati sikit..terima kasih di atas doa kalian :)

akhir kata "semangat itu jiwang" (siti najihah,k.ma house)

#mood:excited nk balik mengundi 5.5.13 dan tengok keadaan my adek

 

Wednesday, April 10, 2013

nice quote

awak hadir dlm hdup sye,sye dah redha,kalau awak orng yg tertulis d lah mahfuz sye,sye terima seadanya,tp kalau orng lain yg tertulis utk sye satu jer sye minta dri awak,sya mencintai orang yg bleh membimbing sye ke syurga.. #sedetik cinta

Sunday, March 24, 2013

Friday, March 1, 2013

Industrial training??

salam semua..huwaaaaa,i'm getin worry now!!!menunggu tawaran Latihan industri...i keep waiting and waiting~lalalala..mostly dah hantar byk surat to company and government .CHILLL beb..rezeki ada dimana2..kuatkan lah semangatku ini agar tidak mudah berputus asa.My bro also keep in touch with me and ask about my LI..thax my siblings for support me.I believe what the best for me.. :)
Doakan yang yang terbaik nyer ualls..3month to go..


Sunday, February 17, 2013

Ucapan beracun student

 Assalamualaikum..terjumpa petikan yang dikongsi daripada facebook..dan sangat menarik untuk dikongsi bersama...selamat meneliti dan berusaha agar dapat menjadi student yang berjaya cemerlang dunia dan akhirat :)Amin


10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya

1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara
mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.



# Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com/

Thursday, February 14, 2013

kejutan..Alhamdulilah

Salam semua..RESULT dah kuar ari nie!!!cuak Giler..kuikui~
sje lambat bukak MYNEMO...nebes etep(sekali bukak,syukur ada peningkatan yg mendadak)
:))
YA ALLAH, segala kesulitan ada kesenangannya
HanyaNya Dia MAHA MENGETAHUI...





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizmjgLPsoBX6GwvWZ3sBHAx88bvzDBr2kJGC0DMSjGfQRSRPm53YueM00FPshe25X6aDdU1OEV_D8lWLYob4HuTMVFRspPf99Daf6D-eXXSzJ7N5z8JLqtqREcAvtukx6XOSsLpBSnUPQ/s1600/exam-results.jpg
tq pakcik google :)

Saturday, February 2, 2013

Tanda2 gangguan sihir

  1. Sukar tidur pada waktu malam 
  2. Bermimpi berada di tempat yang kotor atau di kawasan perkuburan
  3. Bermimpi kena patuk dengan ular ---->bukan orang nk masuk meminang
  4. Tidur malam sentiasa dihempat atau ditindih,sebaiknya baca surah AL-IKHLAS



5.Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi
6.Bagi perempuan,berhati2 jika bermimpi menyusukan bayi (bahaya,sihir dah masuk dalam badan)
7.Ada kesan2 lebam dekat badan bila bangun pagi

Semuanya bergantung pada diri kita sendiri dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.Al-quran dan hadis sumber rujukan utama

http://c0022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/13_28.png
-Dengan mengingati Allah hati akan tenang-




doa pendinding..mohan perlindungan diri dan keluarga dari sebarang gangguan atau anasir2 jahat



#sumber:ustaz sharhan dan pengalaman sendiri (bkan kena sihir juz gangguan)