Followers--->thax follow

Showing posts with label student's life. Show all posts
Showing posts with label student's life. Show all posts

Monday, September 14, 2015

Kembali Merindu =)

Assalamuaikum uolls..huhu.dah berhabuk blog
tetiba RINDU!!!

rindu kenangan zaman belajar,
rindu bersama kengkawan
rindu bersama rakan2 seperjuangan
rindu moment bersama2
RINDU RINDU RINDU sangat2 :)
even the word can't describe how "rindu" be like
throwback la konon memories dulu2.hahaha
lawak2.

Rutin harian masa 1st yr setiap hari rabu pergi joging then makan roti canai.kuar outing naik bas cas ligas.outing xsah kalau xblik awal.nk bli barang ckit jer last2 xcukup tangan nak pegang. the moment yg mencemaskan dan melucukan scene roti terdampar di seat penumpang.Kesian kat driver kempunan nk makan roti.hoho


Time pergi site visit dekat nstp Ajil, kereta bergerak macam kura2.ya ampun kowang...sori sangat2 :P.Semua tahan malu jer times tue.



Jalan biawak: Berlari2,bersaimurai,bertaekwando,bergosip, posing2.final yr bru perasan ada cctv.kahkah



Teringat kejadian naik basikal semata2 nk hantar lab report sampai nk pengsan,sampai je kt fakulti cari air dulu. punyalah kuat angin,maklumla berdekatan dengan pantai n tuan punya badan kecik.huhu.sejak tue xmau naik basikal.better jalan kaki pegi fakulti

Terjatuh??mata tengok kt lutut kot..sampai terduduk dan senyap seketika. pas2 gelak2 nk cover malu. Terpeleot kaki,betapa sakit kakiku :(



Pantai:port yg terbaik!!!bleh rilex2 ambil angin petang2 sambil makan kepok lekor.skali ambil gambar penuh folder.kehkeh



kedai makan: macam2 nme pelik kitaowng bagi kedai pasir,kedai bruno marrr,kedai pok cik..kuar makan awal tp bila dah makan nk angkat badan balik punya la susah.Dari xde orang sampai penuh n xde orang xnk blik2 lg.kena denda tulis nma n matrik no sebab lambat masuk kolej.



Bilikku: Tempat bergosip, berwebcam, tengok movie, buat assignment, mkn2, tutorial pakai shawl, printing servis n semua la. cukup pakej :P

Group asignment: bila group skali slalunya buat dekat bilik tv.Before start tue biasala makan2 dulu bru boleh fokus.kadang2 pergi library, tp xboleh nk bising2 n buat macam2.Betapa formalnya buat video EOP.Speaking uolls.hehe.Btw, berjaya buat video hanya dengan skali.



Suasana belajar: Alhamdulilah, ada semua kemudahan, first2 naik bas bayar 30sen mse 1yr.skrng nie dah naik kot. lepas tue jalan kaki sebab malas nk tunggu full bru gerak. Hostel pun selesa, kedai makan banyak, fakulti dekat dengan kolej, ada wifi n so on.So, buat adek2 yang baru melangkah kaki masuk universiti bersyukurlah dengan segala kemudahan yang ada. Ikhlaskan diri belajar, ingat jasa dan pengorbanan ibu bapa dan enjoy ur study. Don't be stress OK!!!give ur the best..study smart lastly pandai jaga diri dimana anda berada.Be urself :)





Tuesday, December 16, 2014

G-Day



Salam semua, akhirnya tamat sudah belajar di tempat penyu bertelur..hehe. Penat lelah sepanjang 4 tahun dan segala ilmu x akan ku lupa. Skema molek ayat!!!hoho. Seriously, rindu sangat2 zaman blajar. Memori daun pisang :P, gosip, luahan perasaan, study group, jogging, kuar pegi pantai, holiday sama2, outing, insiden roti terdampar di kerusi,tgk movie, berwebcam, bersamurai di jalan biawak, gelak tawa n suka duka, gaduh tp boley  plop mkan sekali n pegi kelas sama2..MACAM2 RAGAM. Terima kasih buat abah dan mamiko di atas segala nasihat dan sentiasa memberi dorongan sehingga berjaya ke menara gading. Buat cikgu dan pensyarah terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan memberi ilmu yang sangat bermanfaat :)


hari jubah :)
::Universiti Malaysia Terengganu
::ENTECH 2010/2014
::kak ma family
::Kengkawan

selfie :P

outdoor phoshoot: pantai batu buruk

outdoor photoshoot: pantai gong badak



 

credit to photographer (muin ramli) and abg diq coz bg pinjam kamera


Friday, March 7, 2014

photoshoot~


Pejam celik...pejam celik dah tahun akhir kitaowng belajar di UMT, Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar). Pusat pengajian pun dah tukar daripada fakulti teknologi sains dan teknologi (FST) kepada pusat pengajian kejuruteraan kelautan ..bukan ke laut yer :p

dapat jgak bergambar bersama2..last memory gitu..hehe.tp ada jgak yang xde.Anyway, tahniah kerana masih berada di tahap ini dan semoga kita semua berjaya menggengam segulung ijazah nanti...InsyaAllah :)


macam kanak2 ribena..pegang belon


muka kepanasan..tp tetap senyum



credit--->nurul syafikah untuk gambar di atas

Monday, January 20, 2014

Terdampar di kuala Penyu

Salam..daku masih terdampar di kuala penyu demi tugasan sebagai seorang pelajar tahun akhir. Ikhlaskan diri kerana Allah untuk menuntut ilmu.Dikala melihat semua pelajar dah tarik beg masing2 untuk bercuti di kampung, daku merasa sedih..mamiko nk balik!!!sabar2...ciapkan  apa yang patut dulu

romateku yang 2 (ad n linda) orang akan keluar dari UMT dan tinggal daku sorang yang masih setia stay di bilik 201-5.Nanti bakal dapat umet baru plop..hope dapat yang ok dan tidak bermasalah. Daku tidak paham nape my fwen so scary ngn rumetku lagi2 mse 3rd yr..hehe.Ada sowang tue, klu datang bilikku dan umetku ada "gelabah" semacam je..duk bising2 pah2 tetiba senyap je dan nak keluar cepat2 dari bilikku.

Alhamdulilah dah settle tuk urusan dan jumpa pegawai sains yang berkaitan dengan projek akhir ku ini. terima kasih tuk rakan2 yang banyak membantu dari segi ilmu dan tenaga.

satu je masalah stay mse cuti semester ni iaitu sukar nak dapatkan makanan..mostly semua kedai tutup, yang bkak pun ciket je.Alamaknya mkn megi la, if stay 2mgu nie.hukhuk


don't be like this..whatever please smile :)
insyallah..i wish i can finish my FYP


mood: nk balik


Wednesday, December 25, 2013

Study week??





salam..acteli dah lama dah start study week (22/12/13) tapi banyak benda kena settle. Present teknologi membrane, lab tuk FYP, report FYP dan nk study lagi.ermm, selalu macam tue "minggu study week". Macam xbiasa kn?hehe

Alhamdulilah, bulu ayam dah kering..yeah!!!bau perghhh, boley pengsan..hahaha. sampai tido pun terasa bau bulu ayam.

  

 
terima kasih kepada H.D.A poultry coz bagi kami bulu ayam. 2 plastik besar plop tue, klau boleh diowang nk bagi semua. Nie pun xmampu nk habiskan tuk basuh. Mula-mula tue xtahan dengan bau pastu gangguan binatang (kerengga, semut, ulat) , darah yang melekat dekat bulu ayam dan hujan panas.Lepas basuh separuh daripada bulu ayam tue wat dun know je,ciap makan dekat tempat basuh bulu ayam lagi. DAH XDE PERASAAN. Sori, abes bersepah bulu ayam kt lab..haha.Naseb baik pembantu makmal ok dan tidak cerewet.



pusing track kat komplek sukan di malam ari

#gud luk kawan2 n minta maaf andai ada salah dan silap :) selamat maju jaya dengan PROJEK TAHUN AKHIR 2013/2014


Tuesday, December 10, 2013

coretanku

salam semua..
student life memang agak mencabar sedikit
alhamdulilah sudah settle present proposal dan hantar report proposal untuk Final Year Project (FYP)
skarang nie duk penin pikir pasal green chemical, klu sempat la boley tambah treatment guna green chemical
ada jupe n tengok dri thesis senior iaitu P-toluenenesulfonic acid n B- cyclodextrin..tp P-toluenenesulfonic acid xsesuai la plop ngn bulu ayam..yang B- cyclodextrin (xjumpa function yg sesuai untuk adsorbent). hope dpt jumpa green chemical yang sesuai.

bila di fikirkan semula, belajar ada manis, pahitnya..kadang2 tue ak boley tersenyum bila dapat bangkit dari dugaan yang diberikan dan bagaimana ak boley mengharungi cabaran yang diberikan.Syukur sangat2..Ya Allah engkau selalu hadir di saat hambamu memerlukan pertolongan. Allah tidak akan membebani hambanya
percaya dengan janji Allah..

sekian..smile please :)


Sunday, December 1, 2013

one dip, one eat, once more!!! :)



Assalamualaikum, tentu anda semua tercari2 snek untuk dimakan pada waktu pagi atau petang mahupun pada hujung minggu. Jangan risau, syarikat iaitu Mushy Frenyz Sdn Bhd  kami menyediakan dan menjual menjual cendawan ranggup dan sedap. Terdapat 2 jenis iaitu mush crispy dan choc. Mushroom ini dijamin menyelerakan dan sesuai semua golongan. Fokus kami adalah kepada pelajar dan golangan dewasa. Harga yang ditawarkan agak murah dan berpatutan. Cendawan, kami perolehi daripada ladang kami sendiri dan segar. Dijamin selamat dan halal.Selain itu, cendawan mengandungi protein, vitamin, mineral seperti kalium dan phosporus.So, dapatkan di kiosk2 kami.Tq :)













        mushroom crispy


#RP #Pengurus pemasaran Mushy Frenyz Sdn Bhd




Tuesday, August 20, 2013

mini project

Alhamdulilah..finally,done do my experiment.macam2 dugaan dan cabaran telah ku redah,he3
terima kasih semua kepada yang membantu especially my supervisor, Dr.maliki...tidak lupa juga kepada pembantu makmal,staf,student,makcik cleaner(dekat asrama) n semua yang terlibat.

mula-mula sedih jgak sebab sepatutnya siap sebelum raye..n terpaksa ikut turn (ada student yang guna mesin tersebut)..but it OK. So, masa yang ada ak stay dalam library baca buku sampai nk termuntah :P
juz kidding.

feeling grateful..coz i'm learn new things and having good memories sweet sour gtu..pepun,jgn pernah takut untuk belajar dan berjaya.feling up n down tue lumrah hidup.

from 0 to berjuta2..he3,banyak ilmu dan manfaat yang berguna ak dapat...bila lagi nk rase jadi student kan?
i'm very sure,when u getin work u will miss ur school moment..believe me:)

opss, lupa nk gtau..mini project ak pasal kualiti air (heavy metal).instrument yang digunakan ialah Atomic Absorption spectrometer (AAS)..ok,nt ak cter pasal experiment tue..Continue


::counting day to go 5/9/13

Thursday, July 11, 2013

intern part 1

salam semua..cuti semester terpaksa dilupakan demi tugas sebagai pelajar..hoho,PRAKTIKAL. Alhamdulilah, boley adapt dengan suasana yang baru cuma keje tue xde sangat terutama mse mgu pertama..yang lawaknya ak g magri g magri cari bilik pensyarah/sv wat muka x malu..i dolli ape!!!bertanye kat staf di pusat pengajian sains kesihatan..friendly la jgok diowang.

 26/6/13-rabu
minggu ke-2, huwaaaaaa..sedih sangat :(
punyela excited nk pegi wat sampling..bangun awal nk pegi ambil instrument dekat makmal..last2 call my sv xdapat datang, call abah n kejutkan rakan serumah. My car was stolen..istighfar banyak2, xdela nk menagis keluar air mata darah :p

 Sebak sangat dadaku..serius xperasan,lagi2 si Amy yang tengah melawa depan cermin sambil bukak langsir x perasan kete ak xde kt depan rumah..Bila ak tengok cermin, terdetik nk tengok pemandangan kat luar.
Tup2 rase macam somethin yang xkena dan laen macam je keadaan kt luar. Apa lagi, EH, MANO KETE??
Amy dah blur..n ak lagi la..cepat bukak pintu umah. Hurmmm, kete ak meme dah xde. ketar kot lutut ak, amy pun terkejut dengan apa yang berlaku.

Ak redha YA ALLLAH, sesunguhnya Engakau MAHA MENGETAHUI apa yang berlaku. Cepat2 pergi balai polis kubang kerian pastu pergi ke ibu pejabat polis di kota bharu.

keesokanya, terus sambung buat sampling..tidak mahu emosi aku tue mengganggu kerja. YES!!! lucu la plop bila pembantu makmal tue datang kt tempat ak buat sampling, sv pun sama. Asal ak tngah buat sampling dia datang, dengan kete yang lalu lalang duk tengok2 pastu staf pun duk tnye.Selamba je ak jawab buat sampling..tp dia xpham.hahaha..last skali cakap nk kesan pencemaran udara. xleh nk concentrate tau.hehe

bukan ape, my sv bimbangkan keadaan ak. Yela, sorang2 duk tepi jalan sambil pegang dust mate n anamometer dengan cuaca yang agak panas. last2, sv ak cakap..abek sekali je data..ak menggaru kepala buat muka blur.puiii

susah la sikit nk bergerak dan xde rezeki nk buat sampling "air pollution" dekat dengan kilang pengkalan chepa. tajuk dah ok n boley buat FYP terus. Insyallah, semua keje boley jalan (blaja hidup susah,orng dulu pun xde kenderaan boley je berjaya)
Think positive-

bercerita sedikit tentang rumah sewa, ak duduk 6 orang n semua akak2. Seronok dapat memasak, hari2 cuba pelbagai masakan yang baru. Jalan ke HUSM sama2 dan kadang2, k.yana n k.fatin tumpangkan ktowng..

wow, luas bangat HUSM..dan yang menariknya semua bangunan bercamtum antara satu sama lain.So, xpayah susah2 nk lalu jalan depan..just naik satu bangunan dan anda akan jupe tempat yang nk di tuju. Cuma, pening la cket nk mencari.. :D
-WHEN THERE IS THE WILL, THERE IS THE WAY-

10/7/13-rabu
yeah, dah start puasa
korang mcam mner?ok, x puasa tahun nie..
malam tue berterawih di surau dekat dengan rumah sewa..keluar pintu pagar dah jumpa surau
kemeriahan agak kurang sedikit..yang penting sama2 beribadat kepadaNYA dan mohon kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

11/7/13-khamis
i like to jalan2..hehe
pusing satu kampus..xkenal maka x cinta :P
alhamdulilah masih ada lagi energy di pagi hari
alamak!!!tersalah masuk kawasan hostel lelaki,patut la laki tue tengok ak semacam je..takut pun ade tengok dia..cepat2 jalan laju. Agar tidak tersalah masuk asrama, ak terus bertanya kepada mak cik cleaner. thax mak cik.. i'm felling great :)
-jauh perjalanan luas pengalaman-

quote from cik laila: no pain, no gain

p/s: nk balik umah ari nie..bukak pose ngn family..will be continue part2.
       [intern: 17/6/13-5/9/13]







Sunday, March 24, 2013

Friday, March 1, 2013

Industrial training??

salam semua..huwaaaaa,i'm getin worry now!!!menunggu tawaran Latihan industri...i keep waiting and waiting~lalalala..mostly dah hantar byk surat to company and government .CHILLL beb..rezeki ada dimana2..kuatkan lah semangatku ini agar tidak mudah berputus asa.My bro also keep in touch with me and ask about my LI..thax my siblings for support me.I believe what the best for me.. :)
Doakan yang yang terbaik nyer ualls..3month to go..


Sunday, February 17, 2013

Ucapan beracun student

 Assalamualaikum..terjumpa petikan yang dikongsi daripada facebook..dan sangat menarik untuk dikongsi bersama...selamat meneliti dan berusaha agar dapat menjadi student yang berjaya cemerlang dunia dan akhirat :)Amin


10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya

1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara
mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.



# Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com/

Thursday, February 14, 2013

kejutan..Alhamdulilah

Salam semua..RESULT dah kuar ari nie!!!cuak Giler..kuikui~
sje lambat bukak MYNEMO...nebes etep(sekali bukak,syukur ada peningkatan yg mendadak)
:))
YA ALLAH, segala kesulitan ada kesenangannya
HanyaNya Dia MAHA MENGETAHUI...





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizmjgLPsoBX6GwvWZ3sBHAx88bvzDBr2kJGC0DMSjGfQRSRPm53YueM00FPshe25X6aDdU1OEV_D8lWLYob4HuTMVFRspPf99Daf6D-eXXSzJ7N5z8JLqtqREcAvtukx6XOSsLpBSnUPQ/s1600/exam-results.jpg
tq pakcik google :)

Wednesday, October 10, 2012

such a journey,,,BegiN

Assalamualaikum..hehe,dah lama x update blog..such a buzy person!!!ok,unbelieve  i'm 3rd year student now..(sem with A lot asiment).our lecturer give asiment to visit wastewater treatment plant-->WWTP...sometimes fell annoying and having problem to settle about this..thax to my group members for co-operation and together with sweet-sour memories along this journey.

firstly..our sites had been rejected due to the broken site n another group had chosen that place..but we never fell down..my fwen had called JAS(JABATAN ALAM SEKITAR) to know the suitable place,before that we choose kayaba n paint..since it located so far,then we decide to visit NSTP AJIL.
atin(tukang call)..memang susah nk ckp ngn org yg handle ktaowng..meeting n kursus la..sabar je la.Berkali2 plak call..then kami terus anta surat melalui fax..ok,DITERIMA..alhamdulilah:)

Next,misi mencari jln kejayaan..hahaha..sewe kte then terus ke AJIL...ak(driver).lalu jln kuala berang...serius x tahu jln nk pegi sana(depend on signboard je).Along our journey macam2 berlaku..n dpt tahu nme kg yg jarang didengar spt kg iman lapar~
dlm kui11 sampai kt tempat tue..hnye mampu tgk dr luar n terus survey kawasan blakang NSTP.

one week after that..4/10/12(thursday)

maka,bermulalah misi kami..nebes molek..skali lg  ak drive,kali nie gaya mcm nk pegi piknik,ciap bawa mknan satu bag ag,tuk bekalan kami..kami decide lalu jln Maydin memandangkan jarak ke sana lebih dekat..yap!!!memang dekat..kami sampai hampir kul10..seperti yg dijanjikan dgn pihak NSTP..
kehadiran kami diterima dgn ati yg terbuka..terus masuk n jupe 2nd boss.BIG BOSS x de,so En.2nd boss yg handle ktaowng...

edisi berkenalan
intro psal penubuhan NSTP,sesi berkenalan..n so on..ok,waktu sampai dah lunch hour.Tunggu je la,ank buah BIG BOSS mkn..waiting at lobi..

STEP TO BEGIN:
kami diberitahu yg En.Yik n En.Fadli yg akn menguruskn kami sepanjang melawat sites.ok,mereka dah masuk lobi..kami semua cepat2 duk atas kerusi..td bkan kemain duk bergambar n buat bising:P
then,kami follow tuk tgk ngn lebih dekat lagi camner proses wwtp dilakukan..mak aih!!!laju bebenor en.yik bercakap n sy x berapa phm??lama2 dengar,bleh adapt terus..hehe..terus DENGAR,SALIN,RECORD,SNAP PIC..

SESI TANYE-MENANYE:
Apa itu yg digunakan dekat pre-press ,flow rate nme proses dan sebagainya.Terasa dilayan mcm VIP la plop..hikhik..nk masuk pintu pun dibuka tuk kami..kadang2 rasa rimas..pintu plak byk ,masuk cni keluar sana..tgk2 kuar kt tempat asal..

SESI BERGAMBAR:


 fokus mendengar...yg baju oren tue geng baru kami:P


bersama dengan pihak NSTP~



 sedikit souviner dari kami pelajar ENTECH 10/14



 Nk jgak...mujur ada owg tlong ambekkan.... memori daun keladi!!!!


 last memories..tata~ada jodoh dtg lagi...hehe

 ALhamdulilah settel akhirnya..terima kasih kepada pihak NSTP AJIL yang sudi menerima kehadiran kami..byk ilmu dan manfaat yang kami dapat.Eh,ade lagi..terima kasih kpd En.shahrul  di atas bimbingan dan tunjuk ajar dlam subjek wastewater treatment:)

10/10/12(rabu)
here,we comes to represent our asiment..i'm glad coz our lecturer say"very nice presentation".. :))

Tuesday, August 28, 2012

segalanya ku terima

assalamualaikum..result exam dah kuar awal ramadan ag,nmun krana buzy ngn kerja pas rye bru dpt check.Yap,alhamdulilah lulus semua.Syukur padaMu ak lulus semuanya.AMIN~

::KUNFAYAKUN::