Assalamualaikum..terjumpa petikan yang dikongsi daripada facebook..dan sangat menarik untuk dikongsi bersama...selamat meneliti dan berusaha agar dapat menjadi student yang berjaya cemerlang dunia dan akhirat :)Amin
10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya
1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita
bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan
dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh
dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh
pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh
diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita
secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama
beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah.
Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal
mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.
2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu,
Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian
untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan
kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial,
pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu
disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi
penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.
3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu
tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita
memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita.
Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan
berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega
apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar.
Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan
penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat
suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila
penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati,
bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa
pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.
4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang
dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan
bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya
dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba
kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait
subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.
5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai
subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai
bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta
yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait
antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri
untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.
6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika
dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat
boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik
yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.
7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan
output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba
reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh
ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak
kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat.
Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar
kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari
tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih
belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan
maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa
untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa
banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa
banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan
yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab
sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa
yang telah dipelajari.
8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk
pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar
dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar
secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita
boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi
semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian,
maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.
9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar
meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat
akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita
rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun
kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah
terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti
dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan
dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap
sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya
terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua
tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain.
Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.
10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian
ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar
berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita.
Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan
betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah
bersungguh-sungguh.
# Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com/
Followers--->thax follow
Sunday, February 17, 2013
Thursday, February 14, 2013
kejutan..Alhamdulilah
Salam semua..RESULT dah kuar ari nie!!!cuak Giler..kuikui~
sje lambat bukak MYNEMO...nebes etep(sekali bukak,syukur ada peningkatan yg mendadak)
:))
YA ALLAH, segala kesulitan ada kesenangannya
HanyaNya Dia MAHA MENGETAHUI...
sje lambat bukak MYNEMO...nebes etep(sekali bukak,syukur ada peningkatan yg mendadak)
:))
YA ALLAH, segala kesulitan ada kesenangannya
HanyaNya Dia MAHA MENGETAHUI...
tq pakcik google :) |
Saturday, February 2, 2013
Tanda2 gangguan sihir
- Sukar tidur pada waktu malam
- Bermimpi berada di tempat yang kotor atau di kawasan perkuburan
- Bermimpi kena patuk dengan ular ---->bukan orang nk masuk meminang
- Tidur malam sentiasa dihempat atau ditindih,sebaiknya baca surah AL-IKHLAS
5.Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi
6.Bagi perempuan,berhati2 jika bermimpi menyusukan bayi (bahaya,sihir dah masuk dalam badan)
7.Ada kesan2 lebam dekat badan bila bangun pagi
Semuanya bergantung pada diri kita sendiri dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.Al-quran dan hadis sumber rujukan utama
-Dengan mengingati Allah hati akan tenang- |
doa pendinding..mohan perlindungan diri dan keluarga dari sebarang gangguan atau anasir2 jahat |
#sumber:ustaz sharhan dan pengalaman sendiri (bkan kena sihir juz gangguan)
Subscribe to:
Posts (Atom)