Followers--->thax follow

Tuesday, December 31, 2013

masam manis 2013



 salam semua..
disaat daku menaip blog nie..hati menjadi sebak teringat dekat pamily. HUK3..Abah, mamiko, abang2 and adek2ku tersayam. dikala daku ditimpa musibah mereka sentiasa menyokongku dan bagi semangat. abah lagi la, sentiasa bagi daku harapan dan kata2 semangat..kadang2 "bergaduh" dengan abah..small matter je,xdop kijoan nk gaduh ngan abah. acteli nk tgk abah marah je..hahaha. Pernah menangis gara2 pokok bungaku dicantas dah beralih tempat oleh abah..laju je airmata mengalir. Dahla pokok tue dah berbunga..penat menunggu pokok tue nk berbunga..siap mengadu kat mamiko lagi. Bila tengok bunga tenang je dan hati pun berbunga2..wakaka!!!! sori to say, my abah memang garang.klau nk tahu tengok misailah, juz kidding. Atoklah yang menjadi pendengar setia kami. Jangan xtahu abahku terer BI..daku selalu jadi mangsa "pendengaran"..

situasi 1:

me: abah sapo yang magri tue dan cari siapa?
abah: dia tanye rumah jiran..orang "welfe"
me: gapo welfe?
abah: dop tahu welfe?
me: dop..sambil tuk fikir gpo menda la tue dengan abangku..
abah: orang dari kebajikan..tue pon xtahu
me: oww..welfare la...gelak kecil

situasi 2:

banker: boley tahu sapa nama "gerentor"
me: gerentor?abah gapo gerentor
abah: gerentor..mu xtahu..(nada marah)
me: dah takut nie..tp kena tahu jgak nk bg tahu orang bank tue
abah: penjamin la

situasi 3:

abah:kak, cer search internet pasal "warisan" (yang daku dengar)
me: dalam hati(nk wat gpo pasal warisan)..search je la
abah: warisan? abah suruh search " wang ehsan"..warisan tue nk wat gapo?
me: dengar abah sebut warisan..
abah: abah kata wang ehsan3x!!!telinga letak kat mane?
#gara2 tue..adek bradikku perli ak n gelakkan ak!!!huh, ngaju.. :P

Semua busy, bla balik umah xsemua ada..tinggal 2 ore adek jah kat umah daripada 8 orang. 6 orang  merantau menuntut ilmu dan bekerja. ada semua pun tmes raya..tue pun sekejap je "together". malam2 duk bising2..bak kata mamiko "riuh sekampung", makan megi satu mangguk bersama2,tengok movie sama2, gelak n kacau mamiko sama2. Mamiko selalu kena BANG ngan kitaowng.


tahun  nie xde pun holiday/piknik ngan pamily(xberkesempatan). Namun, dapat jugak holiday dengan kawan2. Mereka ibarat keluargaku di universiti :)

 Cerita pasal holiday ngan kawan2ku..acteli 2nd yr lagi dah rancang nk g bercuti..punyalah rancang segala bagai..last2 xjadi.Naseb baik ada subjek ada yang pergi lawatan dekat NSTP Ajil ..alang2 singgah air terjun sekayu n piknik.holiday kami ON THE SPOT. Malam sebelum pegi search tempat yang menarik kat Kuala Terengganu tp x comform lagi. Pagi tue terus mesej diowng "jom pegi tasik kenyir" gerak kul10.00 pagi...sumbat apa yang patut dalam beg ---> tmes nie cuti hampir seminggu n cuti depavali

Main redah je pegi..jalan xtahu, kang sesat!!!alhamdulilah slamat tiba ke destinasi n daku enjoy sangat2..dapat melihat keindahan alam  dan relax sekejap :)

 


 


 

nie sowang lagi..ingat bergurau..upernyer btol..adekku dapat UMT jgak tempat ak blajar.matrik doh sama , kmpk(daku,abangku n adekku)..ada hikmah juga,,bleh spy adikku nie..hahaha. lagi pun tinggal satu sem lagi daku kt universiti..sob2,sedihla plop nk tinggal UMT.

Cukuplah sekadar itu..salamat tinggal 2013. Moga tahun 2014, daku lebih matang, lebih sabar menghadapi segala dugaan dan istiqamah dalam apa jua perkara serta jauhi daku daripada perkara yang melalaikan. satu lagi..nk kawen :P?hehe..cepat, lambat..biarlah masa yang menentukan. Smoga kamu yang bakal hadir itu..jupe my abah dulu krn Aku Ada Wali :)

sekian..

p/s: nk carila novel Aku Ada Wali












Wednesday, December 25, 2013

Study week??





salam..acteli dah lama dah start study week (22/12/13) tapi banyak benda kena settle. Present teknologi membrane, lab tuk FYP, report FYP dan nk study lagi.ermm, selalu macam tue "minggu study week". Macam xbiasa kn?hehe

Alhamdulilah, bulu ayam dah kering..yeah!!!bau perghhh, boley pengsan..hahaha. sampai tido pun terasa bau bulu ayam.

  

 
terima kasih kepada H.D.A poultry coz bagi kami bulu ayam. 2 plastik besar plop tue, klau boleh diowang nk bagi semua. Nie pun xmampu nk habiskan tuk basuh. Mula-mula tue xtahan dengan bau pastu gangguan binatang (kerengga, semut, ulat) , darah yang melekat dekat bulu ayam dan hujan panas.Lepas basuh separuh daripada bulu ayam tue wat dun know je,ciap makan dekat tempat basuh bulu ayam lagi. DAH XDE PERASAAN. Sori, abes bersepah bulu ayam kt lab..haha.Naseb baik pembantu makmal ok dan tidak cerewet.



pusing track kat komplek sukan di malam ari

#gud luk kawan2 n minta maaf andai ada salah dan silap :) selamat maju jaya dengan PROJEK TAHUN AKHIR 2013/2014


Tuesday, December 10, 2013

coretanku

salam semua..
student life memang agak mencabar sedikit
alhamdulilah sudah settle present proposal dan hantar report proposal untuk Final Year Project (FYP)
skarang nie duk penin pikir pasal green chemical, klu sempat la boley tambah treatment guna green chemical
ada jupe n tengok dri thesis senior iaitu P-toluenenesulfonic acid n B- cyclodextrin..tp P-toluenenesulfonic acid xsesuai la plop ngn bulu ayam..yang B- cyclodextrin (xjumpa function yg sesuai untuk adsorbent). hope dpt jumpa green chemical yang sesuai.

bila di fikirkan semula, belajar ada manis, pahitnya..kadang2 tue ak boley tersenyum bila dapat bangkit dari dugaan yang diberikan dan bagaimana ak boley mengharungi cabaran yang diberikan.Syukur sangat2..Ya Allah engkau selalu hadir di saat hambamu memerlukan pertolongan. Allah tidak akan membebani hambanya
percaya dengan janji Allah..

sekian..smile please :)


Friday, December 6, 2013

Blueberry filling oreo baked cheese cake

Bahan-bahan


  • 300gm oreo yang dihancurkan
  • 75gm mentega dicairkan
  • 500gm cream cheese philapedia
  • 75gm gula kastor
  • esen vanila
  • 3 biji telur
  • 3 sudu besar whipped cream
  • 1 sudu besar sunquick
  • 2 sudu besar oreo yang hancur
  • 3 keping oreo yang dibuang oreo
  • blueberry filling

Cara membuat

  1. campurkan dan gaulkan oreo n mentega yang dicairkan ke dalam acuan. tekan padat untuk lapisan bawah. sejukkan di dalam peti sejuk selama 1jam
  2. cream cheese dipukul bersama gula kastor sehingga kembang
  3. massukkan esen vanila n telur
  4. masukkan whipped cream n oreo sunquick . pukul hingga kembang
  5. masukkan adunan ke dalam oreo yang keras (no.1)
  6. suhu 150⁰ c, 40-45 minit
  7.  letakkan oreo ke atas adunan
  8. sejukkan selama 1jam dan lapiskan dengan blueberry
#resepi from my aunty aka maksu


How tmes flies




salam semua

wuhuu..teringat masa zaman 1st yr dulu
di kedai favourite ktaowng..kedai akak seksi aka kedai hijau
kawan tetiba bertanye n rakam video mengenai "sapa yg korang minat"
hahaha..cuak tetiba
maklum la times tue ak "benci" someone
tp lidah ku main sebut je nme dia
"ak minat dia, tp dia sombong!!! terkeluar ayat tue dri mulutku..entah ku sedar atau tidak pe yg ku sebutkn itu.."

Bila tgk video tue..ase malu lak pulak, lawak pun ada
Hope video tue xjatuh kt orang lain..
Kalau x...memang kantoi!!!tp itu perasaan ku mse dulu2, zaman belasan tahun..wakakaka :p

Now, I would let u go
Sekian~


Thursday, December 5, 2013

Nurkilan NL


Di kala hujan turun membasahi bumi
Ak bersyukur melihat kebesaranNya
Melihat keindahan alam
Laut, tumbuh-tumbuhan menghijau dan matahari
Menceriakan suasana, mendamaikan hati serta pasang surut laut
Begitu juga manusia
Adakala kita mengalami pasang surut..kadang-kadang kita rebah
Adakalanya kita bangkit
Ujian daripada Allah hanya untuk menguji sejauh mana kesabaran dan ketakwaan kita kepadaNya
Jangan mudah mengeluh
Ujian atau dugaan membuatkan kita lebih matang menghadapinya
Emosi perlu dikawal dengan baik
Mengapa perlu bersedih?
Allah kan ada :)
Mohon padaNya
Adakah amalan kita selama ini cukup??
Adakah kita menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia??
Adakah kita selalu bersedekah??
Adakah kita selalu berhutang??
Wang ringgit tidak mampu membeli kasih sayang
Keberkatan mencari rezeki itu sangat penting
Biarlah sedikit hasilnya janji rezeki itu halal
Segala perkara  biarlah bersederhana

Cuba kita fikirkan
Tujuan apa kita hidup?
Berseronok, bersosial, tidak ada hala tuju?? Fikirkan

YA ALLAH, Ak rinduMU :)






Sunday, December 1, 2013

one dip, one eat, once more!!! :)



Assalamualaikum, tentu anda semua tercari2 snek untuk dimakan pada waktu pagi atau petang mahupun pada hujung minggu. Jangan risau, syarikat iaitu Mushy Frenyz Sdn Bhd  kami menyediakan dan menjual menjual cendawan ranggup dan sedap. Terdapat 2 jenis iaitu mush crispy dan choc. Mushroom ini dijamin menyelerakan dan sesuai semua golongan. Fokus kami adalah kepada pelajar dan golangan dewasa. Harga yang ditawarkan agak murah dan berpatutan. Cendawan, kami perolehi daripada ladang kami sendiri dan segar. Dijamin selamat dan halal.Selain itu, cendawan mengandungi protein, vitamin, mineral seperti kalium dan phosporus.So, dapatkan di kiosk2 kami.Tq :)













        mushroom crispy


#RP #Pengurus pemasaran Mushy Frenyz Sdn Bhd




Tuesday, August 20, 2013

mini project

Alhamdulilah..finally,done do my experiment.macam2 dugaan dan cabaran telah ku redah,he3
terima kasih semua kepada yang membantu especially my supervisor, Dr.maliki...tidak lupa juga kepada pembantu makmal,staf,student,makcik cleaner(dekat asrama) n semua yang terlibat.

mula-mula sedih jgak sebab sepatutnya siap sebelum raye..n terpaksa ikut turn (ada student yang guna mesin tersebut)..but it OK. So, masa yang ada ak stay dalam library baca buku sampai nk termuntah :P
juz kidding.

feeling grateful..coz i'm learn new things and having good memories sweet sour gtu..pepun,jgn pernah takut untuk belajar dan berjaya.feling up n down tue lumrah hidup.

from 0 to berjuta2..he3,banyak ilmu dan manfaat yang berguna ak dapat...bila lagi nk rase jadi student kan?
i'm very sure,when u getin work u will miss ur school moment..believe me:)

opss, lupa nk gtau..mini project ak pasal kualiti air (heavy metal).instrument yang digunakan ialah Atomic Absorption spectrometer (AAS)..ok,nt ak cter pasal experiment tue..Continue


::counting day to go 5/9/13

Wednesday, July 31, 2013

air asam/pencicah

Bahan-Bahan
  • 1 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah (dibakar )
  • daun kesum
  • cili merah
  • garam dan cuka
Cara Penyediaan
  1. tumbuk bawang putih dan merah bersama dengan cili dan daun kesum
  2. letakkan ke dalam mangguk dan  tuangkan sedikit cuka dan garam secukup rasa 
  3. siap untuk dimakan bersama ikan/ayam/daging bakar

kangkong with salted soya beans

Bahan-Bahan
  • kangkung
  • salted soya beans (tauchu)
  • bawang putih dan merah
  • cili dan garam
Cara Penyediaan
  1. panaskan minyak dan tumis bawang yang ditumbuk hingga naik bau
  2. kemudian masukkan tauchu dan garam secukup rasa
  3.  akhir sekali masukkan kangkung dan cili

Tuesday, July 30, 2013

Ayam Madu Bakar

Bahan-Bahan

  • ayam
  •  madu
  • sos tiram
  • sos black pepper
  • bawang putih, halia, tomato, cili kering (dikisar)
  • garam secukup rasa

cara penyediaan
  1. perapkan ayam bersama madu, sos tiram, sos black paper
  2. kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam bahan yang diperap
  3. masukkan garam secukup rasa
  4. perap selama 1-2jam
  5. kemudian di bakar/masak dalam oven

Malam Lailatul Qadar

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita digalakkan untuk menghidup malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu sahaja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang bermaksud : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.
Menurut imam Fakhrurrazi bahawa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar daripada pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.
Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang bermaksud : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -
3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh  mereka yang halus  menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.

Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

-dipetik dari blog pondok  pasir tumbuh, daripada albakriah-

Monday, July 29, 2013

ayam masak paprik lola

Bahan-Bahan
  • halia,bawang putih,bawang merah (ditumbuk/dikisar)
  • bawang besar
  • cili boh (cili giling)
  • cili hijau
  • daun limau purut
  • maggi cukup rasa/sedikit garam
  • ketiak jagung/terung/kacang panjang
  • cuka
  • ayam

Cara Penyediaan
  1. panaskan minyak, masukkan halia, bawang putih dan bawang merah yang dikisar sehingga naik bau
  2.  masukkan cili boh ,sedikit garam dan cuka
  3. masukkan ayam, sedikit air, daun limau purut dan bawang besar (dihiris)
  4. kemudian masukkan ketiak jagung/kacang panjang dan cili hijau
  5. ciap untuk di makan


Thursday, July 11, 2013

intern part 1

salam semua..cuti semester terpaksa dilupakan demi tugas sebagai pelajar..hoho,PRAKTIKAL. Alhamdulilah, boley adapt dengan suasana yang baru cuma keje tue xde sangat terutama mse mgu pertama..yang lawaknya ak g magri g magri cari bilik pensyarah/sv wat muka x malu..i dolli ape!!!bertanye kat staf di pusat pengajian sains kesihatan..friendly la jgok diowang.

 26/6/13-rabu
minggu ke-2, huwaaaaaa..sedih sangat :(
punyela excited nk pegi wat sampling..bangun awal nk pegi ambil instrument dekat makmal..last2 call my sv xdapat datang, call abah n kejutkan rakan serumah. My car was stolen..istighfar banyak2, xdela nk menagis keluar air mata darah :p

 Sebak sangat dadaku..serius xperasan,lagi2 si Amy yang tengah melawa depan cermin sambil bukak langsir x perasan kete ak xde kt depan rumah..Bila ak tengok cermin, terdetik nk tengok pemandangan kat luar.
Tup2 rase macam somethin yang xkena dan laen macam je keadaan kt luar. Apa lagi, EH, MANO KETE??
Amy dah blur..n ak lagi la..cepat bukak pintu umah. Hurmmm, kete ak meme dah xde. ketar kot lutut ak, amy pun terkejut dengan apa yang berlaku.

Ak redha YA ALLLAH, sesunguhnya Engakau MAHA MENGETAHUI apa yang berlaku. Cepat2 pergi balai polis kubang kerian pastu pergi ke ibu pejabat polis di kota bharu.

keesokanya, terus sambung buat sampling..tidak mahu emosi aku tue mengganggu kerja. YES!!! lucu la plop bila pembantu makmal tue datang kt tempat ak buat sampling, sv pun sama. Asal ak tngah buat sampling dia datang, dengan kete yang lalu lalang duk tengok2 pastu staf pun duk tnye.Selamba je ak jawab buat sampling..tp dia xpham.hahaha..last skali cakap nk kesan pencemaran udara. xleh nk concentrate tau.hehe

bukan ape, my sv bimbangkan keadaan ak. Yela, sorang2 duk tepi jalan sambil pegang dust mate n anamometer dengan cuaca yang agak panas. last2, sv ak cakap..abek sekali je data..ak menggaru kepala buat muka blur.puiii

susah la sikit nk bergerak dan xde rezeki nk buat sampling "air pollution" dekat dengan kilang pengkalan chepa. tajuk dah ok n boley buat FYP terus. Insyallah, semua keje boley jalan (blaja hidup susah,orng dulu pun xde kenderaan boley je berjaya)
Think positive-

bercerita sedikit tentang rumah sewa, ak duduk 6 orang n semua akak2. Seronok dapat memasak, hari2 cuba pelbagai masakan yang baru. Jalan ke HUSM sama2 dan kadang2, k.yana n k.fatin tumpangkan ktowng..

wow, luas bangat HUSM..dan yang menariknya semua bangunan bercamtum antara satu sama lain.So, xpayah susah2 nk lalu jalan depan..just naik satu bangunan dan anda akan jupe tempat yang nk di tuju. Cuma, pening la cket nk mencari.. :D
-WHEN THERE IS THE WILL, THERE IS THE WAY-

10/7/13-rabu
yeah, dah start puasa
korang mcam mner?ok, x puasa tahun nie..
malam tue berterawih di surau dekat dengan rumah sewa..keluar pintu pagar dah jumpa surau
kemeriahan agak kurang sedikit..yang penting sama2 beribadat kepadaNYA dan mohon kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

11/7/13-khamis
i like to jalan2..hehe
pusing satu kampus..xkenal maka x cinta :P
alhamdulilah masih ada lagi energy di pagi hari
alamak!!!tersalah masuk kawasan hostel lelaki,patut la laki tue tengok ak semacam je..takut pun ade tengok dia..cepat2 jalan laju. Agar tidak tersalah masuk asrama, ak terus bertanya kepada mak cik cleaner. thax mak cik.. i'm felling great :)
-jauh perjalanan luas pengalaman-

quote from cik laila: no pain, no gain

p/s: nk balik umah ari nie..bukak pose ngn family..will be continue part2.
       [intern: 17/6/13-5/9/13]







Tuesday, April 30, 2013

semangat itu jiwang!!!





assalamualaikum..hujung mgu 19/4(jumaat),,dikejutkn dengan panggilan dari abah. abah cakap my adek tidak sehat n masuk wad.pe lagi menagis xberlagu(dlm hati berdoa moga my adek cepat sembuh).katanya my adek kna gangguan kt asrama dan asyik meracau..serius bimbang sgt2..my abah pun satu,,lambat bgtau..tp dia consider xnak ganggu fikiran anak2 nye..ari sabtu plop,menurut my adek laki ketar lutut dia bla tgk adek pompuan ak kna bomoh(jalan alternative..hanya mampu berusaha dan bertawakal kepadaNYA).Dia xnk cter..takut ak lemah semangat..nt balik umah baru nk cter.ok,sabar je la..hoho.DIA maha mendengar doa kami sekeluarga dan doa2 org sekeliling,ALHAMDULILAH..my adek sudah sembuh dan berharap lebih baik dalam menghadapi dugaan yg diberi..sesungguhnya itu adalah ujian.Buktinya my adek komen kt my status..hehe,lega hati sikit..terima kasih di atas doa kalian :)

akhir kata "semangat itu jiwang" (siti najihah,k.ma house)

#mood:excited nk balik mengundi 5.5.13 dan tengok keadaan my adek