Followers--->thax follow

Thursday, December 20, 2012

Be Cool_Strong

Assalamualaikum...n hye uolls..hope sihat sejahtera dan hepi sokmo.. :D skarang dah tiba musim tengkujuh,so sediakan payung!!!sedar x sedar dah penghujung cinta..eh hujung tahun 2012..hehe
macam2 yang terjadi #SweetSour memories, dan adakalanya kite diuji..bersabarlah duhai hati 

Lumrah hidup..yang penting kte tidak lupa dan selalu mengadu serta mohon pertolongan dariNYA..Adakala kte berjaya/maju dan kadang2 jatuh.Semangat itu jiwang...kata2 adekku masih terngiang-ngiang..huhu.Cekalkan hati dan dan bersemangat tuk maju ke depan.Disini ada selitkan kata-kata motivasi tuk anda semua..renung-renungkan :))

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu'anhu: "jalan keluar dan kelapangan hati itu ada dalam keyakinan dan keredaan hati.Sedangkan keresahan dan kesedihan itu ada dalam keraguan dan ketidaksukaan.(bersabarlah,kerana sabar menjadi anda terpuji--->don't be sad)

Seseorang yang bijaksana mengatakan :orang yang berakal bersabar dan musibah menimpa dirinya kerana 2 alasan;
  1. Ia boleh gembira kerana masih ada sesuatu untuknya.
  2. kerana ia masih dapat mengharapkan jalan keluar dari apa yang menimpanya
Sebaliknya, orang yang bodoh akan ketakutan menghadapi ujian yang menimpanya kerana 2 alasan ;
  1. Membesar-besarkan musibah yang menimpa dirinya
  2. ketakutannya akan sesuatu musibah yang lebih besar daripada yang menimpa dirinya
Al-Hassan bin Sahl mengambarkan ujian itu "dalam ujian itu ada penghapusan dosa, ada peringatan agar tidak lalai, ada tawaran untuk mendapatkan pahala dengan cara bersabar dan mengingat akan nikmat, dan ada harapan untuk mendapatkan ganjaran". Dalam pandangan Allah dan Qadha'NYA semuanya adalah baik. 


 Tenang je dgr zikir nie...selamat mendengar


#sekian..